Bila ditanya tentang kolestrol, ramai yang akan fikir...
Kolestrol = Jahat
Sebenarnya, tak semua kolestrol tu jahat. Ada kolestrol yang baik. Macam mana? Kolestrol jahat dikenali sebagai LDL dan kolestrol baik dikenali sebagai HDL.
Macam mana nak bezakan LDL dan HDL? Senang je. Juz ingat HDL - Healthy. Senang je kan?
Kolestrol jahat akan termendak di dinding salur darah dan menyebabkan salur darah tersumbat jika terlalu banyak. Kolestrol baik akan membantu membawa kolestrol yang termendak di salur darah ke hati. Jika salur darah di bahagian jantung tersumbat, ini akan menyebabkan serangan jantung, manakala jika salur darah di bahagian otak tersumbat, strok akan berlaku. Menakutkan, kan?!80% daripada kolestrol yang terdapat di dalam badan kita sebenarnya dihasilkan sendiri oleh badan kita. Oleh sebab itu, hanya sedikit sahaja kolestrol (lebih kurang 200 - 300 mg) yang boleh diambil daripada pemakanan.
Paras kolestrol di dalam badan boleh meningkat jika banyak makanan yang tinggi kolestrol diambil (contohnya kepala ikan, telur kuning, kulit ayam). Selain daripada tu, makanan yang tinggi dengan lemak tepu (banyak terdapat bada bahagian-bahagian yang bertulang seperti kaki atau leher ayam) juga boleh menyebabkan paras kolestrol jahat tinggi di dalam badan.
Bagaimana nak merendahkan paras kolestrol di dalam badan? Salah satu cara adalah dengan melakukan senaman. Senaman dapat meningkatkan paras HDL di dalam darah. Apabila paras HDL tinggi di dalam darah, paras LDL akan menjadi rendah. Selain daripada senaman, serat yang terdapat pada tumbuhan juga membantu merendahkan kolestrol. Serat ini akan menyerap kolestrol yang terdapat di dalam darah dan akan menyingkirkannya daripada badan dan seterusnya akan merendahkan kolestrol di dalam badan.
Jadi, jom kita bersenam setiap hari & makan banyak sayur dan buah untuk memastikan paras kolestrol di dalam badan kita sentiasa rendah...!!

1 orang bagi surat cinta:
Menarik!
Post a Comment
Nak komen...? Sila tekan-tekan keybord anda sehingga jari anda patah... (>.<)v
P.S. Pastikan jari anda dilindungi insurans... Hehehe...