Saturday, 16 April 2011

+ Boleh Tak Kalau Tak Sarapan..? +

Ditaip sendiri oleh Lylliana Adam
Adakah anda bersarapan setiap hari? Kalau "YA", bagus la. Kalau "TIDAK", pastikan anda mulakan hari esok dengan bersarapan setelah anda baca entri ini. Kenapa..?

Anda mungkin mempunyai pelbagai alasan kenapa tidak bersarapan seperti:
bangun lambat, tak ada masa untuk makan & menyediakan makanan, memang tidak suka bersarapan

Ramai yang fikir, apabila kita bersarapan, kita akan cepat gemuk. Sebenarnya, bersarapan tidak menyebabkan seseorang menjadi gemuk. Banyak kajian yang telah dijalankan di luar negara menunjukkan individu yang tidak bersarapan akan berisiko tinggi untuk mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti kerana apabila tidak bersarapan, seseorang akan makan tengahari dalam kuantiti yang banyak.

Apabila makan sarapan dengan makanan yang tinggi serat seperti bijirin dan roti, ini akan memberikan rasa kenyang dan dapat mengawal berat badan anda.

Ramai juga yang fikir, apabila bersarapan, otak akan menjadi lembab. Ada kajian yang dijalankan di kalangan kanak-kanak sekolah, kanak-kanak yang bersarapan menunjukkan prestasi yang cemerlang, kreatif serta memberi lebih banyak tumpuan di dalam kelas berbanding dengan kanak-kanak yang tidak bersarapan. Bijirin sarapan dan roti mengandungi karbohidrat, vitamin dan pelbagai mineral yang baik untuk otak.

Jadi, mulakan hari anda setiap hari dengan sarapan jika anda ingin kekal langsing & mempunyai daya ingatan yang kuat..!

0 orang bagi surat cinta:

Post a Comment

Nak komen...? Sila tekan-tekan keybord anda sehingga jari anda patah... (>.<)v

P.S. Pastikan jari anda dilindungi insurans... Hehehe...

 

+ SweeTs and SpiCeS + Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Gossip Celebrity