Saturday 16 April 2011

+ Boleh Tak Kalau Tak Sarapan..? +

Ditaip sendiri oleh Lylliana Adam 0 orang bagi surat cinta
Adakah anda bersarapan setiap hari? Kalau "YA", bagus la. Kalau "TIDAK", pastikan anda mulakan hari esok dengan bersarapan setelah anda baca entri ini. Kenapa..?

Anda mungkin mempunyai pelbagai alasan kenapa tidak bersarapan seperti:
bangun lambat, tak ada masa untuk makan & menyediakan makanan, memang tidak suka bersarapan

Ramai yang fikir, apabila kita bersarapan, kita akan cepat gemuk. Sebenarnya, bersarapan tidak menyebabkan seseorang menjadi gemuk. Banyak kajian yang telah dijalankan di luar negara menunjukkan individu yang tidak bersarapan akan berisiko tinggi untuk mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti kerana apabila tidak bersarapan, seseorang akan makan tengahari dalam kuantiti yang banyak.

Apabila makan sarapan dengan makanan yang tinggi serat seperti bijirin dan roti, ini akan memberikan rasa kenyang dan dapat mengawal berat badan anda.

Ramai juga yang fikir, apabila bersarapan, otak akan menjadi lembab. Ada kajian yang dijalankan di kalangan kanak-kanak sekolah, kanak-kanak yang bersarapan menunjukkan prestasi yang cemerlang, kreatif serta memberi lebih banyak tumpuan di dalam kelas berbanding dengan kanak-kanak yang tidak bersarapan. Bijirin sarapan dan roti mengandungi karbohidrat, vitamin dan pelbagai mineral yang baik untuk otak.

Jadi, mulakan hari anda setiap hari dengan sarapan jika anda ingin kekal langsing & mempunyai daya ingatan yang kuat..!

+ Saya Suka Strawberry..! +

Ditaip sendiri oleh Lylliana Adam 4 orang bagi surat cinta

Tahukah anda, 1 cawan strawberi mengandungi 100 gram vitamin C...! (iaitu sama banyak dengan 1 cawan jus oren). Keperluan Vitamin C bagi seorang yang berumur 19 tahun dan ke atas (bagi lelaki dan wanita) adalah 70 mg sehari.

Vitamin C amat penting untuk sistem imunisasi badan kita serta membantu pembentukan tisu-tisu badan.

Friday 15 April 2011

+ Jom Gelak Sampai Keluar Air Mata +

Ditaip sendiri oleh Lylliana Adam 3 orang bagi surat cinta
Lilly rasa nak exercise dengan menari. Sape nak join??

Lilly tak pandai nak menari, so Lilly cuba la cari klip video yang bez untuk menari. Rasa cam nak menari lagu Wondergirls - Nobody.

Lilly jumpa video ni. Sangat kelakar. Lilly ingat, perempuan je yang boleh menari lagu Nobody tapi....cuba la korang tengok ni... Siyes klakar kan??



Sumber: Youtube

+ Saya Gemuk Ke..? +

Ditaip sendiri oleh Lylliana Adam 2 orang bagi surat cinta

Ramai yang tertanya-tanya, berapakan berat badan yang ideal? Macam mana nak tahu berat badan kita dalam range yang idea? Kaedah yang senang adalah dengan menggunakan formula Body Mass Index (BMI).

Ok... Lilly ajarkan... Tapi, korang kena tahu la berat dan tinggi korang dahulu...=) dan korang kena sediakan kalkulator jugak! Hehe...

Mula-mula, kuasa-duakan tunggi anda (dalam meter) dan kemudian, bahagikan berat anda dengan tinggi yang telah dikuasa-duakan tadi...

Sebagai contoh, ni Lilly kira guna berat dan tinggi Lilly sendiri;

BMI = 48/(1.65 X 1.65)
= 17.63


Kemudian, bandingkan dengan skala di bawah....

Kurang berat badan = <18.5
kg/m2
Berat badan normal = 18.5–24.9
kg/m2
Berlebihan berat badan = 25–29.9 kg/m2
Obesiti = BMI of 30 atau lebih kg/m2


Ok, Lilly dalam kategori "kurang berat badan"... Macam mana nak tahu berat badan yang normal? Darabkan 18.5 dan 24.9 dengan tinggi yang telah dikuasa-duakan..

Sebagai contoh, berat badan normal bagi Lilly adalah seperti berikut;

18.5 X (1.65 X 1.65) = 50.4 kg
24.9 X (1.65 X 1.65) = 67.8 kg

Jadi, range berat badan normal Lilly adalah antara 50.4 kg - 67.8 kg.

Nampaknya, Lilly kena tambah 2.4 kg lagi supaya berat badan Lilly adalah normal.

+ Nak Makan Makanan Segera Setiap Hari..? +

Ditaip sendiri oleh Lylliana Adam 0 orang bagi surat cinta
Agak pelik jika ada orang yang tidak mengenali logo-logo di atas. Hampir semua orang di seluruh dunia mengenali McDonald's, KFC dan Burger King. Betul tak?

Ada orang pernah bertanya, bolehkah makan makanan segera setiap hari? Alasan beliau,

"Makanan segera ni senang didapati dan cepat disediakan."

Makanan segera tinggi dengan kandungan kolestrol, lemak tepu, gula dan garam serta rendah dengan serat. Makanan yang tinggi kolestrol dan lemak boleh menyebabkan kegemukan. Makanan yang tinggi gula boleh menyebabkan seseorang berisiko tinggi menghidap penyakit kencing manis. Makanan yang tinggi garam boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.

Sebagai contoh, ayam KFC digoreng dengan minyak yang banyak serta digoreng bersama kulit. Memang tak sah kalau tak makan kulit ayam tu kan? Tu la part yang paling bez kan? Kulit ayam kaya dengan kolestrol. Jadi, kalau nak makan KFC, kena buang dahulu kulit ayam tu.

Tu baru makanan tinggi lemak dan koestrol. Apa makanan segera yang tinggi garam? Yes! Pandai... Kentang goreng sangat tinggi kandungan garam. Pernah tak makan kentang goreng semasa sejuk? Sangat masin dan lembik, kan? Garam sebenarnya dapat membantu merangupkan kentang goreng semasa digoreng.

Jadi, TAK BOLEH makan makanan segera setiap hari jika anda sayangkan kesihatan anda... Jom hidup dengan cara yang sihat melalui pemakanan yang sihat..!

+ Semua Kolestrol Jahat Ke..? +

Ditaip sendiri oleh Lylliana Adam 1 orang bagi surat cinta
Bila ditanya tentang kolestrol, ramai yang akan fikir...

Kolestrol = Jahat

Sebenarnya, tak semua kolestrol tu jahat. Ada kolestrol yang baik. Macam mana? Kolestrol jahat dikenali sebagai LDL dan kolestrol baik dikenali sebagai HDL.

Macam mana nak bezakan LDL dan HDL? Senang je. Juz ingat HDL - Healthy. Senang je kan?
Kolestrol jahat akan termendak di dinding salur darah dan menyebabkan salur darah tersumbat jika terlalu banyak. Kolestrol baik akan membantu membawa kolestrol yang termendak di salur darah ke hati. Jika salur darah di bahagian jantung tersumbat, ini akan menyebabkan serangan jantung, manakala jika salur darah di bahagian otak tersumbat, strok akan berlaku. Menakutkan, kan?!

80% daripada kolestrol yang terdapat di dalam badan kita sebenarnya dihasilkan sendiri oleh badan kita. Oleh sebab itu, hanya sedikit sahaja kolestrol (lebih kurang 200 - 300 mg) yang boleh diambil daripada pemakanan.

Paras kolestrol di dalam badan boleh meningkat jika banyak makanan yang tinggi kolestrol diambil (contohnya kepala ikan, telur kuning, kulit ayam). Selain daripada tu, makanan yang tinggi dengan lemak tepu (banyak terdapat bada bahagian-bahagian yang bertulang seperti kaki atau leher ayam) juga boleh menyebabkan paras kolestrol jahat tinggi di dalam badan.

Bagaimana nak merendahkan paras kolestrol di dalam badan? Salah satu cara adalah dengan melakukan senaman. Senaman dapat meningkatkan paras HDL di dalam darah. Apabila paras HDL tinggi di dalam darah, paras LDL akan menjadi rendah. Selain daripada senaman, serat yang terdapat pada tumbuhan juga membantu merendahkan kolestrol. Serat ini akan menyerap kolestrol yang terdapat di dalam darah dan akan menyingkirkannya daripada badan dan seterusnya akan merendahkan kolestrol di dalam badan.

Jadi, jom kita bersenam setiap hari & makan banyak sayur dan buah untuk memastikan paras kolestrol di dalam badan kita sentiasa rendah...!!

+ Kenapa Perempuan Nak Diet..? +

Ditaip sendiri oleh Lylliana Adam 0 orang bagi surat cinta
Berat badan Lilly dalam kategori kurang berat badan (underweight). Ramai yang cakap,

"Lilly, makan la banyak-banyak. Badan tu kurus sangat. Tak bez nak peluk."

Haha.. Lilly rasa, Lilly dah puas hati dengan berat badan Lilly - 48 kg untuk ketinggian 165 sentimeter. Kalau berat bertambah, nanti Lilly cepat risau (walaupun pertambahan berat tu masih dalam kategori normal). Lilly takut, kalau berat dah naik, nanti akan senang jadi gemuk.

Bagi Lilly, tak apa la kalau badan kurus & tak bez nak peluk. Kalau berat berlebihan, nanti sibuk nak cari slimming pill plak. Betul tak?

Korang rasa, patut tak Lilly terus berusaha naikkan berat badan Lilly ni atau Lilly hanya perlu kekalkan berat badan ni?

+ Hidup Baru +

Ditaip sendiri oleh Lylliana Adam 0 orang bagi surat cinta
Ini entri pertama oleh Lilly sejak blog lama Lilly di'hack'. Rasa geram sangat-sangat. Sape la punya keje ni. Lilly sayang sangat kat blog lama tapi tak apa lah. Dah bukan rezeki dan jodoh Lilly dengan blog tu.
 

+ SweeTs and SpiCeS + Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Gossip Celebrity